Salam..
Lebih separuh dekad lalu, member aku Wan Najmiyyah jadi pelopor budaya blog di kalangan klik2 masa study dulu. Dia begitu aktif dan aku kadang-kadang macam tak percaya, dia begitu hebat dan konsisten post apa saja event dalam life dia. Antara teruja dan pening kepala, aku yang menyimpan hasrat bergelar blogger dua tiga tahun lepas bulatkan tekad untuk create benda alah ni. Iskks.. ada member aku yang satu ketika dulu buta gila ITnya, kini antara pemilik blog yang diminati peminatnya. Ada member lain pulak, menulis masa study dulu selain jawab exam dan cilok assignment katanya, tak ubah macam satu seksaan! Tapi last-last jadi blogger jugak. So, aku pun buat keputusan..aku tak mahu lagi ketinggalan. Aku menulis hampir setiap hari, aku jumpa benda baru hampir setiap saat. Jadi, kelakarlah kalau aku terus pendam rasa walhal aku boleh jadi blogger. Wife aku pulak, secara tiba-tiba revealed dia pun dah ada blog. Lebih sebulan kat alam maya..baru dia bagitau aku. Apa pun...aku cuba post apa jua yang tidak kena mengena dengan kerja aku sebagai penulis upahan..hahaha. Inilah posting pertama aku....
Thursday, June 26, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)