Hari ni, genap 30 tahun usia aku. Sekelumit pun takda rasa teruja dengan penambahan usia berbanding 10 tahun lepas di kala aku masuk 20 tahun. Kenapa ehh? Aku pun tak tahu, mungkin inilah turning point yang tak best yang pernah dilalui banyak orang agaknya. Semalam, isteri yang aku kasihi, dapat hadiah barang kemas. Bangun aje pagi, dengan wajah ala-ala innocent, dia claim gelang sempena masuk umur 21 lapan tahun lepas pemberian mak mertua aku tiba-tiba lesap?! Aku pun tak kata atau tak boleh kata apa la sebab aku tak terlibat dalam pembelian atau kehilangan gelang tangan tuh. Tapi sebagai hubby yang jarang sekali hampakan dia...aku simpan hasrat untuk ganti balik gelang tu. Cuma, ada sikit salah faham lepas tu menyebabkan hasrat murni tu bertukar habuan pujukan atau penghapus dosa. Ala.. itu yang tak best tu. Aku ikhlas nak bagi dia sebab dua tahun lepas aku dan dia beli present gelang untuk mak aku. Kali ni..turn dia pulak. Cuma aku tak sangka, harga emas 916 segram dua tahun lepas dalam RM78, semalam (15/7) dah naik sampai RM106. Mak aii...Bayangkanlah kalau gelang tu 20 gram, campur upah dan caj temberang amoi sales kedai emas tuh...mau kena RM2500++. Tapi nasib baik ler, wife aku tak banyak kira. Dia ambil yang ala kadar, sesuai dengan tangan dan usia dia. Cuma aku berazam satu hari nanti, aku nak belikan dia gelang ala-ala rantai ikat kapal kat dermaga. Lepas tu, kitorang cari pulak gelang tangan untuk anak aku yang kecik.. Tak berat..dalam 3 gram aje. Gedebuk gedebak.. abis le sebahagian besar claim aku untuk bulan lepas.
Bangun aje pagi, aku terus solat subuh dan tak lupa solat sunat syukur. Aku bersyukur kepada Allah kerana berikan nyawa untuk terus hidup. Aku bersyukur dilahirkan oleh seorang ibu yang sentiasa `dekat' dengan aku walhal aku dah berumah tangga dan tinggal jauh. Aku bersyukur dibesarkan oleh seorang bapak yang sentiasa menasihatkan aku ke arah kebaikan walaupun kadang-kadang pemikiran dia kurang match dengan jiwa pemuda moden+ rugged macam aku ni. Pada masa sama, aku akan pastikan dua impian aku yang aku tanam sejak di sekolah akan aku cuba kecapi meskipun bila fikir balik, semuanya sudah terlaksana. Tapi, sebagai manusia..aku perlu cuba dan cuba menggapai impian aku tu dan kalau dah cuba tiga kali..itu tandanya takda rezeki la tu.
Yang pertama tu..aku dah cuba dua kali gagal. Aku bertekad kalau gagal juga kali ini..its over! Yang kedua..belum pun mencuba dan harap-harap cubaan sulung aku nanti membuahkan hasil. Pastinya, dua impian aku ini akan dirahsiakan sehinggalah aku berjaya mencium bau-bau kejayaannya.. Kepada wife aku, jangan dikau tanya impianku itu..hahaha
Wednesday, July 16, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)